Segan api (burung)
Segan api (burung)

Segan api (burung)

Burung segan api (Batrachostomus hodgsoni) atau burung segan Hodgson, ialah spesies burung dalam keluarga Podargidae. Ia ditemui di Bangladesh, Bhutan, China, India, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam. Habitat semula jadinya ialah hutan sederhana.Nama keduanya adalah sempena memperingati naturalis British Brian Houghton Hodgson.[2]Burung tersebut adalah sebahagian daripada order yang sama seperti burung tukang. Kedua-dua jenis burung tersebut giat pada waktu malam dan mereka berkongsi bulu kejur yang serupa pada paruh yang digunakan untuk mengetahui bila perlu menutup paruh pada serangga semasa menyambar.[3] Ciri ini hanyalah hipotesis oleh saintis yang belum memahami sepenuhnya kegunaan sebenar bulu kejur tersebut. Segan tersebut berbeza daripada sepupunya dengan paruh yang lebih berat, sayap yang lebih pendek dan lebih bulat serta postur tegak apabila bertenggek.[4]

Rujukan

WikiPedia: Segan api (burung) //doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2018-2.RLTS.T22689607A... https://www.hbw.com/species/hodgsons-frogmouth-bat... https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwt... https://animaldiversity.org/accounts/Batrachostomu... https://avibase.bsc-eoc.org/species.jsp?avibaseid=... https://ebird.org/species/hodfro1 https://www.gbif.org/species/2497128 https://www.inaturalist.org/taxa/19688 https://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=10...